Andai syaitan itu boleh dilihat, pasti kita akan mengenal pasti terlebih dahulu fizikal syaitan. Pedang, parang, meriam dan segala jenis senjata dan alat pertahanan diri disediakan untuk melawannya.
Tetapi, melawan bisikan syaitan tidak memerlukan semua item di atas. Kenali karakter syaitan dan sentiasa berhati-hati agar kita sebagai manusia tidak mempunyai karakter yang sama seperti syaitan.
LEMAH
"Aku tak kuat melawan syaitan," kata seorang Muslim. Allah telah mengingatkan bahawa syaitan dan tipu daya daripada syaitan itu lemah, maksudnya: "Sesungguhnya, tipu daya syaitan adalah lemah."(Surah an-Nisa' 4:76). Sebenarnya. manusia itu kuat dan berupaya melawan syaitan yang lemah.
PENDUSTA
Dalam melancarkan misi menghancurkan orang Islam, syaitan amat terkedepan dengan sikap dusta. Janji dan bisikan syaitan semuanya tipu dan tiada satu pun yang benar.
ILHAM BATIL
Formula ini paling sukar untuk manusia kesan. Sesuai dengan prinsip hidup syaitan yang menyesatkan manusia, hatta manusia itu sedang membuat kebaikan, syaitan pasti hadir untuk memberi ilham yang batil. Contohnya, orang yang sedang menunaikan solat akan dilekakan dengan memberikan ilham tentang perkara yang boleh dilakukannya selepas solat.
KETAWA ATAS KEJAHATAN
Jika kuasa kamera litar perangkap had kelajuan boleh merakamkan kesalahan orang yang memandu melebihi had yang ditetapkan, syaitan pula melihat kebaikan yang dilakukan oleh manusia dan seterusnya berusaha memesongkan kebaikan tersebut kepada perkara kejahatan. Syaitan akan ketawa besar apabila melihat manusia melakukan kejahatan.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Dipetik daripada:
Majalah Solusi Isu No.49 , Topik : Melawan Bisikan Syaitan
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Dipetik daripada:
Majalah Solusi Isu No.49 , Topik : Melawan Bisikan Syaitan
No comments:
Post a Comment